Amaran hujan berterusan di 8 negeri

gambar hiasan banjir

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan waspada melibatkan lapan negeri hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan berterusan itu pada peringkat bahaya atau merah di Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang.

Manakala keadaan hujan berterusan peringkat buruk atau jingga pula dijangka berlaku di seluruh negeri Kelantan termasuk Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun).

Ini termasuk di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Pekan).

Seterusnya amaran hujan berterusan peringkat waspada atau kuning pula dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera).

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora dijangka melanda perairan pantai barat dan timur Sabah serta Laut China Selatan.

awani

Leave a Reply