Arab Saudi lancar bas tanpa pemandu untuk jemaah haji

Arab Saudi lancar bas tanpa pemandu untuk jemaah haji

Arab Saudi lancar bas tanpa pemandu untuk jemaah haji
Penggunaan bas dapat mengurangkan kesesakan kenderaan memasuki Makkah.

DUBAI: Pihak Berkuasa Am Pengangkutan Saudi (TGA) bakal memperkenal bas tanpa pandu, bagi membantu jemaah haji pada musim haji tahun ini.

Bas itu sebahagian daripada inisiatif untuk menyediakan pilihan pengangkutan yang inovatif dan mesra alam untuk berjuta-juta jemaah yang dijangka menjalani ibadah haji di Tanah Suci.

Bagi memastikan kenderaan itu beroperasi mengikut laluan yang ditetapkan, bas itu menggunakan kecerdasan buatan (AI), kamera dan sensor.



Sistem bas itu akan mengumpul dan menganalisis data semasa transit, untuk membolehkan pihak pengendali membuat pembaharuan untuk meningkatkan pengalaman penumpang dan keselamatan.

Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Saudi, setiap bas mempunyai 11 tempat duduk, boleh beroperasi selama 6 jam setiap cas, dan mempunyai kelajuan sehingga 30 kilometer sejam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian




Data dan cerapan yang dikumpul akan membantu menetapkan syarat untuk operasi komersial pada tahun-tahun akan datang.

Tahun ini, musim haji menyaksikan kemasukan jemaah yang ramai.

Kerajaan Saudi melalui Direktorat Umum Pasport melaporkan ketibaan kira-kira seramai 1.342 juta jemaah melalui jalan udara, darat dan laut.

Jumlah jemaah yang tiba dari luar negara melalui lapangan terbang mencapai kira-kira 1.280 juta, manakala sekitar 57,000 dan 4,600 masing-masing tiba melalui pelabuhan darat dan laut.



Untuk memastikan proses kemasukan jemaah haji lancar, Direktorat Am Pasport menggunakan peranti terkini dan melengkapkan platform mereka di pintu masuk antarabangsa dengan kakitangan terlatih yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. – AGENSI

Arab Saudi lancar bas tanpa pemandu untuk jemaah haji
Penggunaan bas dapat mengurangkan kesesakan kenderaan memasuki Makkah.

Arab Saudi lancar bas tanpa pemandu untuk jemaah haji


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button