Empat kes Omicron dikesan di Kelantan

 

Empat kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Kelantan, kata Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

Dr Zaini berkata, empat kes itu adalah mereka yang pulang dari Arab Saudi iaitu tiga daripadanya yang tiba pada 22 Disember dan seorang lagi pada 19 Disember lalu.

“Tiga individu dijangkiti COVID-19 varian Omicron kategori satu dan mempunyai gejala, manakala seorang lagi kategori satu tidak mempunyai gejala.

“Semua mereka menjalani kuarantin seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang dipantau oleh Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan daripada KKM yang dipaparkan di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengesahkan empat kes varian Omicron membabitkan penduduk dari Kelantan.

Dr Zaini berkata, individu yang baru pulang dari luar negara disarankan supaya terus menjalani kuarantin wajib dan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.

“Langkah itu bagi mengelakkan penularan COVID-19, terutama varian Omicron kepada individu lain dan pada masa sama dapat mencegah penularan dalam komuniti,” katanya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button