Lafaz talak tiga depan anak selepas isteri ‘kantoi’

 

Mungkin tidak mampu menahan kesabaran dan emosi, seorang lelaki bertindak melafazkan talak tiga kepada isterinya bersaksikan anak-anak mereka.

Pendedahan mengenai kisah itu diceritakan oleh seorang peguam syarie, Nur Fatihah Azzahra menerusi hantaran di akaun Facebooknya.

Beliau memaklumkan seorang suami terpaksa menceraikan isteri selepas wanita itu mengaku terlanjur bersama kekasihnya.

Lebih menyedihkan apabila isteri tersebut sendiri mengaku dia sudah dua kali terlanjur sejak awal tahun lalu dan memberi alasan suaminya terlalu sibuk, tiada masa bersama dan tidak memahami keadaan dirinya.

Menurut Fatihah, perbuatan isteri itu mula terbongkar apabila suaminya menemui mesej serta video dan gambar isterinya bersama kekasih hatinya.

Jelasnya, selepas kejadian itu berlaku pada pertama kali, isteri tersebut berjanji ingin memperbaiki diri dan meminta peluang untuk berubah demi anak-anak mereka.

“Bila ditanya sekarang nak apa, kita nak berpisah bawa hala tujuan masing-masing atau perbaiki kelemahan masing-masing.

“Isteri membuat akur janji untuk berubah demi anak-anak yang semuanya berusia di bawah 11 tahun,” tulisnya.

Tambah Fatihah, isteri itu sekali lagi mengaku telah terlanjur pada 1 Januari 2022 bersama kekasihnya apabila mereka ditemui berjalan bersama di sekitar Port Dickson oleh suaminya.

Dalam pada itu, peguam tersebut turut memberitahu, bagi kes melibatkan taklik atau lafaz talak di luar mahkamah, pasangan perlu membuat pengesahan di Mahkamah Rendah Syariah.

– K! ONLINE

Leave a Reply