Kelindan maut, pemandu cedera lori dinaiki terbabas

BENTONG: Seorang kelindan lori maut apabila tersepit dalam kenderaan berat itu selepas ia terbabit kemalangan di Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur berdekatan Bukit Tinggi di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa, R Sugunaran, 45, dari Kampung Jawa di Jalan Bukit, Klang mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan mengenai kejadian itu.



“Terdapat dua mangsa tersepit dalam lori terbabit yang terbabas itu dan anggota bomba segera membantu mengeluarkan mereka dari ruang tempat duduk menggunakan peralatan menyelamat.

“Pemandu lori, N Gopalla Rajoo, berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan di Hospital Bentong.

“Sugunaran yang juga kelindan dikeluarkan kemudian, namun disahkan meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi terbabit turut dibantu lima orang anggota Pasukan Bomba Sekarelawan (PBS) Janda Baik.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading