Mukhriz umum bertanding kerusi Parlimen Jerlun

ALOR SETAR – Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Jerlun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Menteri Besar Kedah itu memberitahu, beliau berhasrat untuk terus berkhidmat kepada penduduk di kawasan tersebut yang disandangnya sejak 2008.

“Walaupun banyak yang diusahakan bagi kesejahteraan warga Jerlun, kami sedar masih banyak lagi yang perlu dilakukan, maka saya menawarkan diri untuk terus mewakili Jerlun sebagai Ahli Parlimen.



“Saya dan seluruh Parti Pejuang Tanah Air yang menjadi komponen Gerakan Tanah Air mohon diberikan kepercayaan untuk berkhidmat di Parlimen Jerlun sekali lagi,” katanya dalam satu rakaman video menerusi akaun media sosial miliknya malam semalam.

Menteri Besar dua kali turut menyifatkan sokongan yang konsisten daripada penduduk di kawasan berkenaan kepadanya menjadi dorongan kuat untuk terus berkhidmat di situ.

© Kosmo! 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button