35 bekas hakim saman kerajaan isu pencen

 

Seramai 35 pesara hakim termasuk bekas Presiden Mahkamah Rayuan dan bekas Hakim Besar Malaya mengemukakan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan tiga yang lain berhubung kegagalan menetapkan kenaikan pencen dan faedah yang diterima mereka sejak 2015.

Mereka termasuk bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff; bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Norma Yaakob; bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yunos dan bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor dan juga tujuh balu serta tanggungan.

Mereka yang bertindak selaku plaintif memfailkan saman pemula itu minggu lalu di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Chooi & Company dan Cheang & Ariff dengan menamakan Kerajaan, Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai defendan pertama hingga keempat.

Mereka memohon perisytiharan bahawa kegagalan untuk menetapkan, melalui perintah dalam Warta, peratusan kenaikan yang lebih tinggi daripada dua peratus setiap tahun yang sesuai ke atas pencen dan faedah lain bagi setiap plaintif yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2015 telah secara berterusan mengubah pencen dan faedah lain setiap plaintif sehingga merugikan mereka.

Menurut plaintif, ia melanggar Perkara 125(7) Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Perkara 125(9) Perlembagaan Persekutuan.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button