‘Nyaris, sipi. Mujur Viva suami jadi penampan’

‘Nyaris, sipi. Mujur Viva suami jadi penampan’

'Nyaris, sipi. Mujur Viva suami jadi penampan'
Siti Khadijah Draman, 68, menunjukkan bahagian bangsal rumahnya yang dirempuh sebuah kereta ketika dia dan suami minum petang Jumaat lalu. – Foto NSTP/Nazdy Harun

KUALA BERANG: ‘Berpantang maut sebelum ajal’. Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila sebuah kereta terbabas sebelum hampir merempuh mereka di hadapan rumah di Kampung Chapu, Jumaat lalu.

Siti Khadijah Draman, 68, berkata kejadian jam 4.30 petang ketika dia dan suaminya Yusof Stapa, 67, sedang minum petang.

“Tiba-tiba terdengar bunyi kuat. Sebuah kereta terbabas merempuh kereta suami di hadapan rumah. Meja tempat kami minum petang pula di sebelah kereta yang dilanggar.



“Proton Iswara yang dipandu remaja itu kemdudian merempuh pula bangsal di kanan rumah sebelum terperosok ke longkang,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana Perodua Viva suaminya di hadapan dan menjadi penghalang ketika Proton Iswara itu terbabas.

“Sekiranya kereta suaminya tiada, sudah tentu Proton Iswara itu terus merempuh kami,” katanya.

Khadijah berkata, rumahnya yang terletak berhampiran jalan utama Kuala Berang-Sungai Tong, sememangnya terdedah kepada kejadian kenderaan terbabas dan kemalangan.

‘Nyaris, sipi. Mujur Viva suami jadi penampan’


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading