COVID-19 – MAKCIK PETIR @ NORYATI TAIB DISAHKAN POSITIF

Jika sebelum ini ramai artis dan selebriti kita positif Covid-19, terkini pelakon veteran Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan Makcik Petir dalam kalangan peminat drama lakonannya itu pula disahkan positif virus tersebut.

Perkara ini dikongsikan anak saudaranya yang juga penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin menerusi rakaman video dimuat naiknya di laman Instagram ketika Noryati di rumahnya menunggu kedatangan ambulans.

“Guys. I need your favour. Makcik saya @ makcik petir, @ makcik Marry @ makcik uda Yati disahkan positif Covid-19. Jadi, saya merayu pada semua peminat mak uda Yati kesayangan ramai agar mendoakan kesembuhan dia dan semoga Allah tenangkan dia.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

“Saya tahu dia tengah gelisah sebab dekat hospital nanti, dia seorang sahaja, tak ada siapa dapat temankan dia. Doakan dia pulih dan tabah. Malah, doakan sekali agar semua pesakit Covid-19 yang lain sama ada kenal atau tidak diberikan kesembuhan yang sama,” tulisnya.

Untuk makluman, Noryati terkenal dengan gelaran seperti Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary menerusi drama lakonannya iaitu ‘Sindarela’, ‘SyurgaMu Ramadan’, ‘Dotty’, ‘Tari Tirana’ dan banyak lagi.

Image_3.jpg

Noryati yang menetap di Johor bersana keluarganya mula berlakon dalam drama ‘Abang Mak Panggil Balik’ dan kerap berlakon di dalam drama terbitan Radiusone Sdn Bhd.

Menurut Shahrulezad lagi, selain ibu saudara, sepupunya dikenali Ezzah juga disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun, Ezzah hanya kuarantin di rumah kerana mengalami simptom ringan.



Selain itu, Shahrulezad juga menitipkan pesanan kepada pengikutnya di Instagram supaya menjaga diri. Katanya, Covid-19 sekarang berada di mana sahaja.

DULU KURANG DIKENALI – KINI RAMAI KENAL DA’I SYED TERMASUK MAKCIK KANTIN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker