“Siapa yang wujudkan kluster itu?” – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan dalam menghadapi Pilihanraya Negeri Johor-PRN Johor, parti itu tidak akan melayan provokasi murahan pihak lawan.

 

Ditanya mengenai gelaran ‘kluster mahkamah’ menjelang PRN Johor, Zahid bertanya siapa sebenarnya yang mencipta gelaran demikian. Bagi beliau, gelaran serta momokan gelaran itu hanya untuk cuba mempengaruhi pengundi.

Zahid dalam pada itu menegaskan Umno akan terus memperjuangkan isu i-Citra untuk membantu rakyat yang terkesan dengan masalah kewangan yang serius.

Beliau turut mengulas mengenai kesengsaraan yang dihadapi rakyat sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional 1.0.

Zahid ditemui sebelum majlis pelancaran jentera Barisan Nasional Zon Utara di Dewan Pekembar, Pagoh Ahad lepas.

“Kekal bawa suara rakyat, i-Citra akan diperjuangkan”

 

Leave a Reply