Demi content, tiga beradik sanggup buat video TikTok di sebelah jenazah bapa

Mungkinkah generasi sekarang sudah semakin hilang sensitiviti sehinggakan hal kematian pun hendak dibuat content media sosial…

Itu antara komen netizen yang berasa jelik dengan tingkah laku tiga beradik yang dipercayai merakamkan video ‘sebelum dan selepas’ yang menjadi trend di aplikasi TikTok sejak kebelakangan ini.

Dalam rakaman ‘sebelum’ pada Oktober 2021 menunjukkan tiga beradik perempuan itu sedang menari ketika duduk dan terdapat seorang lelaki dipercayai bapa mereka berdiri di belakang.



Ia disusuli rakaman ‘selepas’ iaitu pada Februari 2022 di mana ketiga-tiganya memakai tudung dan berjubah dengan kedudukan sama, namun kali ini berdiri bersebelahan dengan jenazah bapa mereka.

Di penghujung video, ketiga-tiga mereka kemudian berpaling ke arah jenazah yang telah ditutup dengan kain kapan.

Rata-rata netizen meninggalkan komen: “Pelik-pelik orang sekarang. Tolonglah hormat benda-benda (kematian) macam ini.”



“Hurmm… memang tak patut la, semoga yang lain tak terikut buat content dengan jenazah.”

“Nauzubillah, Al-Fatihah buat arwah ayah mereka. Sedih dapat anak-anak macam ini”.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading