BATC: Malaysia tundukkan juara bertahan Indonesia 3-0

Skuad lelaki negara menamatkan dominasi Indonesia apabila merangkul gelaran sulung pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, sebentar tadi.

Kejayaan itu hadir selepas Malaysia menundukkan musuh tradisi itu 3-0 dalam aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Indonesia tampil dalam aksi final itu sebagai juara bertahan tiga kali berturut-turut selepas menjuarainya bermula edisi pertama pada 2016 di Hyderabad, 2018 di Kedah dan 2020 di Manila.



Pencapaian terbaik skuad negara pula sebelum ini adalah mara ke final di Manila, dua tahun lalu namun tewas di tangan Indonesia 1-3.

Pada aksi hari ini, jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menyumbang mata pertama pasukan selepas menundukkan Chico Aura Dwi Wardoyo 14-21, 21-12, 21-10.

Rentak kecemerlangan Zii Jia diteruskan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin apabila menang 17-21, 21-13, 21-18 untuk menyumbang mata kedua.

Mata kemenangan Malaysia dalam perlawanan itu disumbangkan perseorangan kedua, Ng Tze Yong yang mengetepikan cabaran Ikhsan Leonardo Imanuel Rumbay 21-14, 21-15.



Berita Harian


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading