Pemimpin PN perlu pujuk Muhyiddin benarkan pengeluaran i-Citra KWSP RM10,000

Pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) perlu segera menggesa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin agar meluluskan pengeluaran duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan menerusi sidang media di laman Facebooknya sebelum ini memaklumkan dia sudah menerima petisyen yang ditandatangani seramai 108,000 pencarum menuntut supaya dibenarkan untuk mengeluarkan wang KWSP mereka.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri turut mendoakan agar pengeluaran KWSP dapat dipermudahkan agar dapat membantu meringankan beban rakyat yang terjejas sepanjang hampir tiga tahun pandemik Covid-19 melanda negara.



“Semoga dipermudahkan, harap PN ugut tekan butang sekiranya masih tidak diizinkan kerajaan.

“PM8 dan Wan Saiful dapat kredit pun takpe asalkan rakyat terjejas serta UMNO dapat apa yang kami tuntut.

“Yang tidak terjejas dan tidak memerlukan, mereka tidak (akan) mohon pengeluaran,” kata Najib.

Wakil Suara Pencarum Seluruh Malaysia, Azmi Mohd Tahir berkata, dia pernah membawa memorandum ke pejabat Perdana Menteri sebelum ini untuk diambil perhatian.



Bagaimanapun dia mendakwa, tidak menerima sebarang jawapan mengenainya sehingga kini.

Katanya, dia terpaksa mencari jalan alternatif lain kerana simpati dengan pencarum yang terdesak mahu pengeluaran dibuat.

“Saya akan jumpa siapa sahaja yang sanggup membantu pencarum-pencarum ini untuk mendapatkan kelulusan pengeluaran RM10,000.

“Saya menuntut bukan hanya kepada satu atau dua pihak sahaja, saya akan jumpa seberapa ramai yang boleh,” ujarnya.



Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pengeluaran menerusi i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra bagi membantu rakyat yang terjejas meneruskan kelangsungan hidup. – my.tv-online


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading