SPRM bekukan aset Rohana, Zeti bila?

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan perintah pembekuan aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd (ASTRO), Datuk Rohana Rozhan.



Ia berikutan siasatan oleh agensi berkenaan selepas bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner mendakwa diperas ugut dalam pembelian sebuah rumah di London menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

https://www.msn.com/en-my/news/berita/sprm-beku-aset-rohana-rozhan/ar-AAUk65x

Namun demikian ramai tertanya apa tindakan terhadap suami Zeti Akhtar Aziz dalam skandal sama. Tim Leissner turut mendedahkan penglibatan Tawfiq Ayman dalam keterangannya.



Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas turut mendedahkan perkara sama namun sehingga hari ini Zeti dan suami hanya menjalani siasatan sahaja tanpa sebarang tindakan membekukan aset mereka.

Malaysia dikejutkan dengan pendedahan demi pendedahan berkaitan skandal 1MDB yang menggemparkan dunia.

 



Sampai bila SPRM hanya akan mengambil kenyataan dan melakukan siasatan sahaja tanpa sebarang tindakan walau secara jelas Leissner mendedahkan jumlah sogokan yang telah diberikan?

Semua mata rakyat tertumpu kepada ketelusan SPRM dan sewajarnya tindakan lebih pantas dilakukan dengan segera.

Ini bagi menjamin intergriti SPRM terus terpelihara dan disanjungi rakyat tanpa sebarang keraguan. Lebih cepat tindakan diambil terhadap Zeti dan suami lebih terjaga maruah SPRM itu sendiri.

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button