“Angin perubahan akan berlaku di Johor” – Presiden Umno

Pilihanraya Negeri Johor-PRN Johor akan melabuhkan tirai pada 12 Mac ini. Bagi Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, angin perubahan akan berlaku di Johor.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas penerimaan pengundi terhadap Barisan Nasional sepanjang kempen yang bermula 26 Februari 2022.



“Saya tidak mahu over confident tetapi saya merasakan angin perubahan akan berlaku pada 12 Mac ini” – Zahid Hamidi.

Beliau menyatakan tiada keperluan melayan provokasi pihak lawan yang semakin menjadi-jadi sepanjang kempeng berlangsung. Baginya apa yang dilakukan terhadap BN adalah gambaran pihak lawan sebenarnya gentar dengan kebangkitan BN.



Ditanya  bagaimana kemampuan beliau menguasai Bahasa Jawa dapat membantu kempen PRN Johor, Zahid menyatakan tidak menjadi kesalahan jika seseorang menguasai loghat atau bahasa kaum tertentu berkempen menggunakannya.

Pengundi Simpang Jeram lebih kenal BN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button