Bukan macam dahulu lagi kini bersih

Oleh – Syeikh Baran


Bukan macam dulu lagi kini bersih

 Kawasan persekitaran Lorong Haji Taib, Jalan Chow Kit di sini, yang dahulunya dipenuhi aktiviti tawaran khidmat seks, penjualan dan penagihan dadah kini berubah kepada aktiviti perniagaan lewat malam.



Setiap lorong di kawasan berkenaan menjadi lokasi jualan pakaian, jam tangan, buah-buahan, kasut dan kosmetik.

Aktiviti ini dilihat sepanjang tinjauan Program Walkabout Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, di sekitar Jalan Chow Kit, malam ini.

Allaudeen berkata, situasi di Chow Kit terutama kawasan Lorong Haji Taib jauh berbeza dengan situasi lima tahun lalu.

“Kini kita tidak melihat lagi tawaran perkhidmatan seks, pengedaran dan penagihan dadah serta kebanjiran lelaki berpakaian wanita.



“Semua aktiviti tidak sihat ini sudah dibersihkan hasil kerjasama antara Polis Kuala Lumpur dan agensi penguatkuasaan kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kewujudan Balai Polis Chow Kit di kawasan ini berperanan penting dalam memastikan kegiatan tidak sihat dapat dibanteras,” katanya di sini, malam ini.

Beliau menafikan dakwaan badan bukan kerajaan (NGO) tertentu mengenai situasi di Jalan Chow Kit yang didakwa dipenuhi aktiviti tidak bermoral.

“Malam ini kita lihat aktiviti perniagaan dapat mengubah keadaan, berbanding dahulu Chow Kit pernah digelar kawasan berbahaya,” katanya.



Sumber –  Berita Harian


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading