Guru benar 6 pelajar pukul rakan sekelas

Oleh – Syeikh Baran


Guru benar 6 pelajar pukul rakan sekelas
GAMBAR fail menunjukkan sejumlah pelajar sekolah tinggi di Hanoi. – Foto AFP

Seorang guru sekolah tinggi di Bandar Raya Ho Chi membenarkan enam pelajar memukul seorang rakan sekelas mereka kerana datang lewat, lapor portal berita VnExpress kelmarin.

Kejadian itu berlaku apabila seorang pelajar datang lewat ke kelas di Sekolah Tinggi Nguyen Thi Dieu baru-baru ini. 



Guru tersebut kemudian menyuruh enam pelajar lain menggunakan tiub plastik untuk memukulnya.

Setiap daripada mereka terpaksa memukul rakan sekelas mereka sekali. 

Jika pukulan itu  dianggap tidak cukup keras, guru berkenaan menuntut mereka memukul rakan mereka sekali lagi.

Timbalan Pengetua Sekolah Tinggi Nguyen Thi Dieu, Le Thi Minh Ha berkata: “Guru itu mengaku bahawa apa yang dilakukannya adalah salah dan dia akan menerima sebarang bentuk hukuman.” – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button