KJ diramalkan jadi Presiden PKR

Khairy Jamaluddin diramalkan akan menjadi Presiden PKR dalam tempoh 6 tahun JIKA tidak lagi dipilih sebagai calon BN akan datang dan memilih keluar dari UMNO.

Beliau yang kini dikatakan semakin tidak disukai rakyat serta netizen berikutan banyak peraturan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan agak menyukarkan rakyat.



Perjalanan politik KJ yang bersandarkan kepada Tun Abdullah Badawi tidak memberi kelebihan kepada KJ.

Beliau bukanlah merupakan Ketua Pemuda UMNO yang berjaya meletakkan imej Pemuda UMNO ke satu tahap terbaik sepanjang menjadi Ketua Pemuda.

Kontroversi ketika PRK Rompin masih segar dalam ingatan bagaimana Pemuda mahu menjatuhkan Najib Razak dari jawatan Perdana Menteri ketika itu.

KJ dikatakan antara yang terlibat namun tiada tindakan susulan dilakukan UMNO atas kontroversi tersebut.



PERTEMUAN 3 TAHUN LEPAS BAKAL DIJADIKAN ASAS BARU POLITIK?

KJ yang sebelum ini pernah membuat pertemuan dengan Nurul Izzah dan Rafizi Ramli 3 tahun lalu dan dipercayai ada kaitan dengan penubuhan sebuah parti baru.

PKR yang sedang berdepan krisis kepimpinan pula perlu mencari seorang pengganti yang lebih baik daripada Anwar Ibrahim bagi mengemudi parti. 

Kemunculan semula Rafizi Ramli dalam arena PKR menguatkan lagi bakal berlaku perubahan besar dalam kepimpinan PKR itu sendiri.



Namun Rafizi secara sendirian belum cukup kuat untuk melakukan revolusi dalam PKR. Oleh demikian Nurul Izzah diperlukan untuk bersama membawa revolusi kepimpinan dalam PKR.

Bagi menjayakan semua itu, PKR memerlukan seorang individu yang mampu menarik perhatian muda yang terpelajar dan KJ merupakan antara yang disebut-sebut berpotensi berbuat demikian.

KALAH 2 PRN, ANWAR BUKAN PEMIMPIN TERBAIK PKR

PKR berdepan defesit kepercayaan serta sokongan selepas tewas teruk dalam 2 PRN.



Ini membuka mata ahli bahawa Anwar Ibrahim bukanlah seorang pemimpin yang mampu membawa kegemilangan kepada PKR.

Sebaliknya Anwar masih berpegang kepada agenda menjadi PM selepas gagal berbuat demikian ketika menjadi Timbalan kepada Mahathir.

Ini merimaskan ramai pemimpin PKR yang mahu bergerak daripada agenda peribadi Anwar Ibrahim kepada agenda yang lebih besar-menguasai Putrajaya.

Sekiranya semua perancangan membawa KJ masuk ke PKR berjaya, satu revolusi politik dinamik akan terhidang sebagai pilihan baru untuk rakyat pertimbangkan pada PRU16 kelak.



Gandingan KJ, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli akan disambut baik seluruh penyokong PKR dan mereka yang mahukan pembaharuan dalam arena politik tanahair.

Semua formula Rafizi GAGAL

 

 



 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button