Gempa kuat melanda Kepulauan Loyalty

 

Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter dikesan melanda tenggara Kepulauan Loyalty awal pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pada jam 4.57 pagi itu berpusat di 912 kilometer (km) barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 49 kilometer (km).

Penilaian awal jabatan mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

Leave a Reply