12,380 kes baharu Covid-19

 Foto fail

Kuala Lumpur: Kes harian Covid-19 menunjukkan trend penurunan namun masih kekal lima angka iaitu sebanyak 12,380 kes dilaporkan setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 4,246,467 kes dilaporkan di negara ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 11,918 kes penularan tempatan manakala 462 kes import.

“Selain itu, terdapat 253 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 122 kes disahkan Covid-19 manakala 131 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.



“Kes yang memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 157 kes iaitu 61 kes disahkan Covid-19 dan 96 kes disyaki, kemungkinan serta dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kebanyakan kes yang dilaporkan semalam adalah pesakit kategori satu iaitu 7,559 kes manakala 4,736 kes kategori dua, kategori tiga (32 kes), kategori empat (20 kes) dan kategori lima (33 kes).

“Berdasarkan pecahan kes kategori tiga hingga lima itu, 24 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi, 33 kes menerima dua dos vaksin dan 28 kes sudah menerima dos penggalak.

“Pesakit dalam kategori berkenaan juga adalah kalangan berusia 60 tahun ke atas membabitkan 57 kes dan mempunyai komorbid pula 49 kes,” katanya.



Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 20,635 kes pulih Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 4,018,421 kes iaitu 94.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Katanya, tiada kluster baharu dikesan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kluster kekal 6,940 dengan 181 kluster aktif.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker