Cacing parasit dalam tin sardin dari China

Oleh – Syeikh Baran


Cacing parasit dalam tin sardin dari China
Cacing parasit Anisakis sp. ditemui dalam tin sardin buatan China yang cuba diimport masuk melalui Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, pada awal bulan ini. – Foto Maqis

abatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Johor merampas 16,320 kilogram (kg) tin sardin dari China yang mengandungi cacing parasit Anisakis sp. yang cuba dibawa masuk ke negara ini.

Pengarahnya, Edie Putra Md Yusof berkata, penemuan cacing parasit bermula selepas pihaknya menyita lori yang membawa muatan sardin dalam tin dianggarkan bernilai RM83,879.84 yang diimport dari Singapura melalui pintu masuk negara di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), dekat sini, pada awal bulan ini.



Menurutnya, tindakan sitaan terhadap lori itu dibuat berikutan sardin dalam tin itu diimport tanpa permit import daripada Maqis.

“Susulan itu, anggota Maqis membuat pemeriksaan lanjut secara fizikal terhadap sardin dalam tin dari China itu sebelum mendapati kehadiran bendasing dalam tin sardin berkenaan.

“Beberapa sampel tin sardin kemudian telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis lanjut sebelum bendasing itu disahkan sebagai cacing parasit Anisakis sp,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Edie Putra berkata, tindakan cuba mengimport sardin mengandungi cacing parasit itu adalah suatu kesalahan bawah Seksyen 14 (a) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].



“Tindakan mengimport barangan yang mengandungi perosak, penyakit atau bahan cemar yang berbahaya kepada pengguna dan boleh dihukum bawah akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan, kesalahan itu boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Tegas beliau, Maqis komited dalam menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi memastikan tiada perosak dan penyakit yang memasuki negara demi menjamin keselamatan makanan negara.

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading