Kastam rampas RM14.6 juta barangan seludup

Oleh – Syeikh Baran


Kastam rampas RM14.6 juta barangan seludup
Norlela (depan kanan) menunjukkan rokok seludup yang dirampas pihaknya, hari ini. FOTO MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/ KOSMO!

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk pelbagai jenis barangan termasuk pod cecair peranti rokok elektronik bernilai keseluruhan RM14.6 juta termasuk cukai, baru-baru ini.

Rampasan sekitar Selangor dilakukan bahagian penguatkuasaan JKDM Zon Tengah bermula 1 hingga 4 April lalu.



Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, rampasan dimulakan terhadap keseluruhan 8,174,976 juta batang rokok pada dua buah kontena Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Utara.

Katanya, jumlah batang rokok juga diperoleh menerusi serbuan terhadap sebuah rumah tidak berpenghuni di Telok Panglima Garang dekat sini.

“Pasukan pemeriksaan dan serbuan juga berjaya menemui 19,000 kilogram (kg) serbuk snuff tobacco dalam sebuah kontena lain di Pelabuhan Utara.

“Semakan mendapati barangan itu tidak mempunyai permit import yang sah,” katanya pada sidang akhbar hari ini.



Beliau menambah, serbuan di sebuah premis di Seri Kembangan pula membongkar aktiviti haram dilakukan sebuah syarikat mengilangkan cecair rokok tanpa lesen eksais.

“Kesemua kes kini disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) dan (1)(d) Akta Kastam 1967,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading