Raja Petra dakwa ada ‘tangan ghaib’ kes Zeti

Raja Petra menaikmuat video mendakwa wujudnya ‘tangan ghaib’ bagi menghalang tindakan dalam isu melibatkan Zeti Akhtar Aziz.

“apa sebab Polis menyekat tindakan terhadap Zeti Aktar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara? Siasatan telah lengkap sebelum Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada Mei 2018”



Raja Petra mendakwa pihak Polis Singapura telah memberi semua maklumat serta bukti keluarga Zeti telah menerima sejumlah rasuah.

Tawfiq mengembalikan wang rasuah selepas pendedahan dilakukan Polis Singapura. 

Beliau mendakwa selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, mereka ‘kuburkan’ kes dan tidak mahu tindakan diteruskan terhadap Zeti.



Apa yang Raja Petra dakwa adalah sangat berat memandangkan ia melibatkan intergriti pihak berkuasa dan ini membuat rakyat tertanya mengapa sehingga hari ini masih tiada tindakan terhadap Zeti dan keluarganya.

Beliau turut menyentuh apa yang telah didedahkan Tim Liessner dalam Mahakamah US. 

“beliau (Tim) juga bercakap sebahagian dari rasuah ini diberikan kepada keluarga Zeti, bermakna Zeti juga dirasuah”

Raja Petra juga memberitahu selepas rasuah diterima Zeti, kelulusan diberikan oleh Bank Negara untuk pemindahan wang sejumlah RM1 billion.



Apa yang dipertikaikan Raja Petra ialah mengapa tiada tindakan terhadap Zeti oleh PDRM.

Sekian lama isu ini menjadi perbualan rakyat namun ada seorang individu tidak berani mengulas hal ini.

Siapa individu tersebut? 

Rakyat masih menanti tindakan atas suami Zeti



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading