Ronaldo pemain terbaik United bulan Mac

MANCHESTER: Manchester United mengumumkan Cristiano Ronaldo sebagai pemain terbaik kelab itu untuk bulan Mac, bulan yang menyaksikan mereka semakin tercicir daripada saingan kelompok empat teratas.

Ronaldo bagaimanapun layak dinobatkan sebagai pemain terbaik selepas meledak hatrik ketika menewaskan Tottenham Hotspur.

Selepas jaringan pembukaannya pada perlawanan itu dinobatkan sebagai gol terbaik Liga Perdana bulan lalu, Ronaldo berkata: “Terima kasih di atas undian ini. Saya amat gembira dan bersemangat untuk baki saingan musim ini.



“Saya akan melakukan yang terbaik seperti selalu jadi terima kasih dan jumpa lagi di Old Trafford. Terima kasih semua!”

Ronaldo tidak beraksi ketika kekalahan 4-1 kepada Manchester City di awal bulan lalu, tetapi berada dalam skuad ketika tewas kepada Atletico Madrid dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah di laman sendiri.

Bekas rakan sepasukannya di United, Wayne Rooney merasakan Ronaldo bukan lagi pemain lincah seperti ketika pertama kali mewakili United dan kelab tidak boleh terus bergantung kepadanya.

“Jelas sekali Cristiano semakin berusia. Dia bukan lagi pemain di awal 20-an dan ia perkara biasa dalam bola sepak. Dia memang tajam di depan gol, tetapi selebihnya dalam permainan anda memerlukan pemain muda dan bertenaga,” kata Rooney yang kini membimbing Derby County.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button