Resepi kek gula hangus kukus

 

KEK GULA HANGUS KUKUS
‍‍‍‍‍‍

Bahan-bahan:

• 1 cawan gula pasir
• 1 cawan air panas
• 1 cawan tepung gandum
• 3 sudu makan marjerin
• 4 biji telur ayam gred B
• ¾ cawan susu pekat (½ cawan untuk kurang manis)
• 2 sudu kfc soda bikarbonat
• 1 sudu kfc baking powder
• 1 penutup botol esen vanila

‍Cara-cara:

1. Panaskan gula (api sederhana) sehingga hangus.

2. Bila nampak keperangan, kecilkan api, tuang air panas tadi sikit demi sikit sampai habis (hati-hati ye, masa ni adunan sedikit meletup-letup).

3. Api perlahan sahaja sampai gula hangus dan air sebati.

4. Masukkan marjerin, kacau tutup api. Biarkan adunan seketika.



5. Masukkan 4 biji telur ke dalam mangkuk. Kacau-kacau manja bagi kuning telur pecah je, kacau lagi dengan susu pekat dan esen vanila.

6. Tepung, soda bikarbonat, baking powder (diayak).

7. Kacau sebati.

8. Alas loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin.



9. Panaskan periuk kukus sehingga mendidih sebelum masukkan adunan.

10. Kukus 1 jam atau sehingga masak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button