Sultan Nazrin perkenan peletakan jawatan Faizal Azumu

KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam satu kenyataan rasminya hari ini berkenan menerima peletakan jawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Perkara itu diumumkan Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Kolonel (B) Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

Menurut Abdul Rahim, Ahmad Faizal menyembahkan watikah memaklumkan kedudukannya sebagai menteri besar terjejas secara langsung berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.



“Dengan itu beliau mempersembahkan hasrat meletak jawatan sebagai menteri besar bersama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.

“Permohonan meletak jawatan sebagai menteri besar Perak bersama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang dipersembahkan melalui warkah bertarikh 19 Rabiulakhir 1442 (5 Disember 2020), mendapat perkenan baginda,” jelas Abd Rahim.

Semalam, Ahmad Faizal mengumumkan perletakan jawatannya sebagai menteri besar, serta seluruh barisan exco kerajaan negeri.

Ahmad Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu petang semalam turut menyerahkan surat peletakan jawatannya di Istana Kinta di Ipoh.



Ia selepas beliau gagal mendapat sokongan majoriti dalam usul undi percaya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin turut menzahirkan terima kasih kepada Ahmad Faizal.

Untuk rekod, Ahmad Faizal berkhidmat sebagai menteri besar sejak 12 Mei 2018 di bawah Kerajaan Pakatan Harapan dan meneruskan khidmat sama ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama UMNO dan Pas.

Sultan Nazrin titah parti politik cari formula terbaik bentuk kerajaan Perak baharu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading