Sri Pahang gagal raih tiga mata

Kuantan: Sri Pahang FC gagal memanfaat kelebihan beraksi di halaman sendiri selepas seri 1-1 berdepan PJ City FC di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, Sri Pahang bermula garang dengan melancarkan serangan bertali arus hingga memberi tekanan kepada jentera pertahanan lawan.

Percubaan penyerang import, Mahmoud Za’tara berjaya diselamatkan penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi seawal minit kelapan. Selang tiga minit, tandukan Abdul Malik Mat Ariff hampir membolosi gawang dan diikuti rembatan Billy ketkeophomphone sedikit tersasar pada minit ke-14.



Pada minit ke-22, pemain import tuan rumah, Manuel Hidalgo turut memiliki peluang untuk meledak gol pendahuluan tetapi rembatannya terkena tiang gol di sebelah kanan lawan.

Bagi PJ City pula, peluang terbaik mereka miliki menerusi Daren Lok dan S Kumaahran pada minit ke-31 dan 32 yang berjaya diselamatkan penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa.

Gol pendahuluan yang dicari-cari hadir pada minit ke-38 menerusi rembatan Hidalgo dari luar kotak penalti.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Christophe Gamel terus menggandakan asakan ke kubu lawan untuk menambahkan jaringan. Percubaan terbaik dimiliki Sri Pahang menerusi Abdul Malik apabila bola tendangannya sidikit tersasar di sebelah kiri tiang gol pada minit ke-61. Lima minit sebelum perlawanan tamat, pemain tengah, R Barathkumar berjaya menjaringkan gol penyamaan 1-1 sekaligus membolehkan PJ City membawang pulang satu mata.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading