Lebih 2 jam ‘kejar’ tekong darat bawa PATI

PASIR PUTEH: Seorang tekong darat nekad memecut kenderaan dipandu yang membawa 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) merentasi tiga daerah bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Suspek yang juga lelaki tempatan itu memecut Proton Exora dipandu kira-kira dua jam setengah ketika dikejar kereta peronda polis selepas dikesan mencurigakan di Jalan Lemal di Pasir Masa, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, kenderaan itu pada mulanya dikejar kereta peronda polis Pasir Mas yang curiga kerana dipandu secara berbahaya dan melulu kira-kira jam 5 pagi.



“Anggota mengekori dan memberi isyarat supaya memberhentikan kenderaan, namun pemandunya terus memecut di Jalan Salor menuju Kota Bharu.

“Peronda polis terus mengejar Proton Exora terbabit sehingga memasuki Machang, sebelum berjaya memberhentikan kenderaan itu di bahu jalan di kawasan ladang FELCRA Kampung Teratak Batu, di sini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Zaizul berkata, selepas kenderaan itu berhenti pemandu dan semua penumpang melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.

Bagaimanapun, katanya cubaan menyembunyikan diri tidak bertahan lama apabila polis berjaya mengesan menahan mereka dengan bantuan unit anjing pengesan (K9) antara jam 8 pagi hingga 1 petang.



“Hasil pemeriksaan mendapati selain pemandu yang juga warga tempatan, terdapat 10 PATI warga Myanmar termasuk dua wanita berusia antara 15 hingga 53 tahun di dalam kenderaan terbabit.

“Hasil ujian air kencing dilakukan mendapati warga tempatan terbabit positif dadah dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959, manakala lelaki tempatan terbabit disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading