Pekerja penghantaran makanan maut

KUALA SELANGOR: Seorang pekerja penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Persiaran Puncak Alam 6, berdekatan sebuah premis jualan kereta, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 petang ketika mangsa, 26, dalam perjalanan dari arah Puncak Alam menuju Saujana Utama di Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai memotong sebuah kereta di hadapan, sebelum bertembung sebuah Proton X70 di laluan bertentangan yang cuba memasuki simpang ke premis jualan kereta.



“Mangsa tidak sempat mengelak dan merempuh Proton X70 dipandu wanita berusia 37 tahun dan tercampak di atas jalan.

“Mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button