Spurs kekok tanpa Conte

Marseille: Penolong pengurus Tottenham, Cristian Stellini berkata, pasukannya berada dalam ‘dunia berbeza’ untuk aksi penting Liga Juara-Juara menentang Marseille di tempat lawan tanpa jurulatih Antonio Conte yang digantung satu perlawanan.

Conte dari Itali dilayang kad merah ketika seri dengan Sporting Lisbon akibat reaksi kerasnya selepas jaringan pada masa kecederaan dibatalkan pengadil perlawanan.

Spurs berkunjung ke selatan Perancis awal pagi esok dan akan mara ke peringkat 16 terakhir jika mereka tidak tewas kepada juara 1993 itu.



“Ini perubahan yang sukar tetapi tetapi kami semua perlu mempersiapkan diri sebelum perlawanan,” kata Stellini kepada wartawan.

“Ia sama sekali dunia berbeza kerana biasanya sebelum perlawanan, Antonio akan melakukan semua persiapan sendirian.

“Tetapi sekarang, kami perlu melakukannya bersama, jadi semuanya berubah. Kami perlu mengatur strategi dan ini boleh menjadi lebih kompleks,” katanya.

Kelab utara London itu akan berdepan bekas penyerang Arsenal Alexis Sanchez selain Matteo Guendouzi, Nuno Tavares dan Sead Kolasinac.



AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading