Fakta kendalian kes jadi paksi pembebasan  dan pengampunan Najib , dan bukan jumlah ‘Polling’ yang menentukan.

 

Mungkin sesiapa yang cuba mempengaruhi rakyat dengan penjumlahan “polling” pada isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak akan merasa kecewa jika mereka sangka penjumlahan “polling” yang dikutip melalui petisyen akan mempengaruhi keputusan pengampunan DiRaja terhadap DSNR.

Penjumlahan banyak atau tidak tandatangan pada petisyen kedua pihak proAmpun dan antiAmpun sekadar jumlah persepsi sahaja.



Lembaga pengampunan tidak langsung ambil kira jumlah “polling”

Jika ramai tidak setuju atau ramai setuju ia tiada impak kepada permohonan pengampunan yang dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong.

Apa yang dipersembahkan adalah fakta fakta berkaitan isu pengampunan dan sebab musabab nya, ia juga atas saranan panel dan juga pendapatan mereka yang terbabit terhadap kes.



“Polling” untuk petisyen boleh dimanipulasi dan boleh diolah.

Ada petisyen dibuat cara mudah dan berulangkali boleh buang ‘poll’ dan ada yang perlu dimasuk kan pelbagai maklumat untuk membuang satu poll.

Maka, apa pun cara nya ia tetap bukan asas untuk dipertimbangkan oleh pihak yang mempertimbangkan pengampunan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga pernah melalui proses yang sama dan sudah pun bebas dan pihak penentu tidak langsung merujuk apa apa “poll”.



Malah , proses pengampunan dan pemnbebasan Anwar tanpa ada sebarang bantahan dari pelbagai pihak seperti mana pihak yang sokong Anwar di ampunkan kini membantah pula apabila saranan pengampunan diberikan terhadap DSNR.

Malah, pengampunan Anwar benar benar atas sebab politik dan bukan perundangan kerana perjanjian jawatan Perdana Menteri dua tahun oleh Tun Mahathir.

Pada kes DSNR , ia atas sebab terlalu banyak kepincangan dan penyalahan guna kuasa yang begitu ketara oleh pihak mahkamah dan hakim.

Maka, asas untuk memberi pengampunan dan pembebasan kepada Najib Razak sangat lah wajar.



Kami diberi maklum ada pihak tertentu cuba untuk menghalang pembebasan Najib kerana kepentingan politik mereka akan terjejas.

Sebenar nya , apa pun pandangan pihak pihak ini tidak releven kepada pihak yang ingin memberi pengampunan.

Kes DSNR akan diputuskan atas sebab sebab kukuh beliau dianayai dan juga ketidakadilan telah berlaku dan kekhilafan hakim serta perlanggaran etika dan undang undang pihak yang menghukum beliau.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading