Warga Jepun mengaku tidak bersalah cederakan teman wanita

Warga Jepun mengaku tidak bersalah cederakan teman wanita

Warga Jepun mengaku tidak bersalah cederakan teman wanita
Gambar hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik restoran warga Jepun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap teman wanita senegaranya, dua bulan lalu.

Tertuduh, Shozo Kamizato, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Gomi Mikiko, 30, dengan cara memukul mangsa menggunakan tangan di sebuah rumah di Kepong, di sini, pada jam 2 pagi, 14 Jun lalu.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal menawarkan jaminan RM4,000 berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia berserta syarat tambahan perlu melapor di balai polis terdekat sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 22 September ini untuk sebutan kes.– BERNAMA




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading