Hargai, hayati keindahan bumi – Agong

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama menghargai dan menghayati keindahan bumi, selain membudayakan gaya hidup lestari dan memelihara alam sekitar.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara hari ini bersempena sambutan Hari Bumi 2022, Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Bumi 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar pembangunan di Malaysia dapat dilaksanakan secara mampan agar tidak berlaku bencana yang menjejaskan rakyat.



“Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat untuk bersama Baginda mendoakan agar Malaysia sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman dan musibah.

“Selamat Menyambut Hari Bumi 2022,” menurut catatan itu yang diakhiri dengan tanda pagar #royal #malaysia #istananegara #haribumi.

Turut menzahirkan ucapan itu adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi poster yang dimuat naik bersama catatan itu.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button