Arsenal mahu tambah derita Manchester United

LONDON: Pendahulu Liga Perdana, Manchester City dan pencabar utamanya, Liverpool sekali lagi dijangka bersaing rapat mengejar gelaran selepas tamat perlawanan minggu ini.

Dalam pemburuan ke kedudukan empat teratas, Arsenal boleh memberikan ancaman terhadap harapan Manchester United manakala Chelsea tidak boleh lagi mencicirkan mata menentang West Ham.

Pep Guardiola percaya Manchester City perlu menghimpunkan pemain terbaik pernah disatukan jika mahu mengatasi Liverpool dalam perebutan gelaran.



Skuad kendalian Guardiola kini satu mata di depan Liverpool selepas kedua-dua pasukan menang selesa pada pertengahan minggu.

Dijangkakan tidak ada kejutan besar minggu ini ketika City menanti kehadiran pasukan kedua terbawah liga, Watford esok manakala Liverpool menentang pasukan empat terbawah Everton pada aksi tetangga Merseyside di Anfield.

Sementara itu keputusan Manchester United mengumumkan pelantikan bos Ajax, Erik ten Hag sebagai pengurus baharu hadir hanya dua hari selepas jurulatih Belanda itu diberikan peringatan bahawa cabaran besar menantinya di Old Trafford.

Persembahan buruk dipemarkan United ketika tewas 4-0 di tangan Liverpool menunjukkan betapa jauh mereka ketinggalan sejak Alex Ferguson mengetuai mereka meraih gelaran Liga Perdana terakhir pada 2013.



United akan ke Arsenal esok dengan ketinggalan tiga mata di belakang Gunners yang berkedudukan kelima dan Tottenham di tangga keempat.

Kekalahan berdepan pencabar yang mengejar tempat ke Liga Juara-Juara itu akan memberikan ancaman besar buat pengendali sementara, Ralf Rangnick dan pasukannnya.

Arsenal yang ketinggalan di belakang Tottenham berdasarkan perbezaan gol lebih bersemangat selepas kemenangan 4-2 mengatasi Chelsea yang menamatkan tiga kekalahan berturut-turut mereka.

“Saya katakan kepada pemain, jika anda mahu bermain dalam bola sepak Liga Juara-Juara, anda perlu tewaskan pasukan utama,” kata bos Arsenal, Mikel Arteta.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button