Datuk Seri Anwar mengkritik siasatan SPRM terhadap Datuk Mohd Nazlan

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, menyifatkan ia melanggar prinsip pengasingan kuasa.

Presiden PKR itu berkata, ini kerana institusi kehakiman mempunyai badan tersendiri yang menyelia dan mengawal integriti hakim.

“Saya ambil maklum isu membabitkan Mohd Nazlan terkait dakwaan wang RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.



“Bagaimanapun, saya ingin tegaskan institusi kehakiman sendiri mempunyai badan yang menyelia dan mengawal integriti para hakim dan ini ditetapkan untuk memastikan agar wujud pembahagian kuasa yang jelas di dalam sistem yang ada.

“Justeru campur tangan SPRM melanggar prinsip ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

SPRM sebelum ini dilaporkan sudah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan dan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki memaklumkan ia prosedur biasa selepas menerima laporan secara rasmi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, siasatan dijalankan SPRM itu dikhuatiri dianggap sebagai tekanan dan campur tangan politik.



“Integriti dan kebebasan badan kehakiman kelihatan beransur pulih akibat kecelaruan serta ketempangan berdekad lamanya tanpa ada usaha serius pemerintah untuk membetulkannya,” katanya.

Khamis lalu, Mohd Nazlan membuat laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin.

Kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman Putrajaya berkata, artikel ditulis oleh Raja Petra bertajuk ‘Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account‘ yang disiarkan di sebuah portal adalah palsu dan tidak berasas.

Ia juga berniat jahat bertujuan menjatuhkan kredibiliti Mohd Nazlan sebagai seorang Hakim Mahkamah Rayuan serta mengganggu sistem keadilan serta institusi kehakiman.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading