Aliff Syukri dipanggil beri keterangan video kontroversi di SKMM

CYBERJAYA: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman hari ini dipanggil memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Cyberjaya bagi membantu siasatan susulan muncul dengan video muzik yang mencolok mata.

Beliau dilihat tiba di perkarangan SKMM pada jam 9.58 pagi tadi dengan berpakaian kot kelabu serta seluar panjang berwarna hitam dengan diiringi dua individu.

“Maaf ya, saya kena masuk ke dalam,” katanya kepada pemberita yang menunggu seawal jam 9 pagi.



Kehadiran individu kontroversi itu bagi memberikan keterangan berhubung klip video muzik sempena Aidilfiti yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, semalam dilaporkan berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.

Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading