Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa terbakar

KOTA BHARU: Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini, terbakar dalam kejadian tengah malam tadi.

Kebakaran membabitkan empat bilik iaitu tiga ruang pemeriksaan pesakit luar dan sebuah lagi bilik yang menempatkan pemandu ambulans.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Alam Nasut Ilias, berkata pihaknya menerima panggilan jam 12.26 tengah malam tadi oleh pengawal keselamatan premis berkenaan.



“Pengawal itu memberitahu ketika itu dia sedang melakukan rondaan dan ternampak api dari ruang hadapan klinik yang menempatkan bilik rawatan.

“Seramai 15 pegawai dan anggota dari BBP Pengkalan Chepa bergegas ke lokasi dan sebaik kami tiba, api sedang marak,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Alam Nasut berkata, tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu dan premis terbabit mengalami 80 peratus kemusnahan.

Katanya, api dapat dikawal jam 12.55 tengah malam dan padam sepenuhnya pada jam 2.18 pagi tadi.



“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading