“Hentikan siasatan atas Nazlan”, apa agenda mereka?
“Hentikan siasatan terhadap Nazlan”, itu kata pihak pembangkang. Seperti cacing kepanasan, banyak pihak menggelupur apabila Raja Petra Kamarudin membuat pendedahan mengaitkan Mohd Nazlan Ghazali.
Seperti biasa, beberapa pihak mengkritik pendedahan yang dibuat Malaysia Today
Badan Peguam Malaysia, Pemuda AMANAH, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan DAP antara yang menggesa agar siasatan terhadap Nazlan dihentikan.
Apa sebenarnya agenda mereka yang meminta siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Nazlan dihentikan?
Malaysia dikejutkan apabila Raja Petra mendedahkan berlaku transaksi berjumlah RM1,036,127.40 ke akaun Maybank milik Nazlan yang didakwa dibayar oleh Jho Low.
Nazlan bertindak balas dengan membuat laporan polis terhadap portal Malaysia Today. Bagaimanapun SPRM mengesahkan kertas siasatan terhadap Nazlan telah dibuka.
Raja Petra turut mendedahkan Nazlan telah disiasat beberapa bulan sebelum pendedahan dilakukan namun ia masih belum didedahkan. Tidak diketahui mengapa tiada pendedahan salah laku Nazlan dilaporkan.
Semalam, Raja Petra mendedahkan bayaran yang telah dibuat kepada Maybank untuk menguruskan SRC. 1MDB telah membayar sejumlah RM800,000.00 kepada Maybank untuk perkhidmatan mereka.
Petra juga mendedahkan penubuhan SRC datang dari Maybank Investment Bank dan SRC ketika itu diterajui oleh Shahrol Azral Ibrahim Halmi sebagai CEO.
Dipercayai pendedahan yang dilakukan RPK telah menyebabkan konspirator dibelakang isu 1MDB dan SRC tidak senang duduk.