6 anggota polis direman tahanan lolos

GEORGETOWN: Enam anggota polis berpangkat Konstabel, Koperal dan Lans Koperal ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang tahanan melarikan diri dari Balai Lokap Berpusat di Bayan Baru di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata semua mereka berusia 20 hingga 30-an itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

“Dalam peruntukan undang-undang kita dibenarkan untuk menahan dan mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung insiden itu dan saya mengambil tindakan drastik kepada anggota yang bertugas semasa insiden berkenaan berlaku.



“Saya tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawai yang cuai dalam melaksanakan tugas,” katanya selepas melancarkan Op Selamat 18 di Bazar Ramadan Bayan Baru, di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, pihaknya juga akan menyiasat elemen lain yang mendorong tahanan terbabit berjaya melarikan diri.

Katanya, suspek bernama Azizi Mohamad Hassan, 33, ditahan pada 20 April lalu dan sedang menunggu keputusan di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 sama ada akan dikenakan tahanan atau sekatan berkait kesalahan narkotik.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat suspek diminta menghubungi balai polis berdekatan,” katanya.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading