Aliff Syukri Nak Memondan Saja, Bukan Sebab Publisiti

Nama usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri kembali ‘panas’ gara-gara klip video muzik (MV) lagu Kelepok Raya yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.

Susulan itu, anggota kumpulan V.E yang juga komposer dan penerbit lagu, Damian Mikhail bersuara lantang menerusi hantaran di Instagram (IG).



Bukan sebab duit!

Menurut Damian, 44, usahawan kosmetik itu tidak mengejar publisiti mahupun duit tetapi sekadar mahu ‘memondan’ dalam MV itu.

Dalam pada itu, pemilik nama Damian Mikhail Seet berharap agar pelantun lagu Abang Nak Tegur dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak menghormati bulan suci Ramadan.

Sekadar info, ini bukan kali pertama Aliff terpalit dengan kontroversi kerana pada tahun 2018 beliau memaparkan dua individu transgender berpakaian mencolok mata dalam video muzik bertajuk ‘Bobo Di Mana?’



Sumber: @damianmikhailmusic

ohbulan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button