Kekalahan mampu jejaskan peluang City
Kekalahan mampu jejaskan peluang City

MANCHESTER – Pemain tengah bertahan Manchester City, Rodri menegaskan kegagalan untuk menewaskan Arsenal di Stadium Etihad malam ini boleh menjejaskan peluang mereka menjuarai kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Selepas pertembungan menentang Arsenal yang dilihat boleh menentukan peluang kedua-dua pasukan dalam saingan EPL, City juga berdepan tugas cukup mencabar kerana akan bermain lapan perlawanan sepanjang bulan depan.
Ia termasuk dua aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan gergasi Sepanyol, Real Madrid dan pertemuan separuh akhir Piala FA menentang Chelsea.
Sehubungan itu, Rodri, 27, berharap kemenangan ke atas Arsenal akan memberikan mereka motivasi tambahan dalam misi mempertahankan kejuaraan EPL tersebut buat kali keempat berturut-turut selepas memenanginya pada edisi 2020/21, 2021/22 dan 2022/23.
“Saya tidak mengatakan ia akan menjadi penentu (gelaran EPL), tetapi perlawanan ini amat penting buat kedua-dua pasukan. Ia akan meningkatkan keyakinan dan kekuatan mental kami jika berjaya menewaskan mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KP umno tidak perlu layan teguran dari SiKitol Kluster Pengkhianat
- Bila Kacang Lupakan Kulitnya
- ‘Sukarelawan’ PASTI Di Suruh Berbohong Ketika Lawatan JTK?
“Kami anggap semua perlawanan sehingga hujung musim nanti termasuk Arsenal adalah aksi final.Dan Kami masih bersaing dalam semua kejohanan, tetapi anggaplah tersingkir jika kami tewas.
“Kami perlu mengutip antara 90 hingga 100 mata untuk memenangi liga. Sebab itu kami perlu menang setiap perlawanan bermula menentang Arsenal sebagai pendahulu liga,” kata Rodri.
Sebagai rekod, Rodri masih belum merasai kekalahan daripada 62 perlawanan dalam semua kejohanan setiap kali beraksi dengan kali terakhir tewas ketika mewakili Sepanyol menentang Scotland pada 28 Mac tahun lalu. – AGENSI
Kekalahan mampu jejaskan peluang City
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 𝗧𝗣𝗠 𝗨𝗠𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝟲𝟰𝟬𝟬 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜
- Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini
- Tuduhan Takiyuddin Terhadap Kerajaan Sangat Serius
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :