Kekalahan mampu jejaskan peluang City

Kekalahan mampu jejaskan peluang City

Kekalahan mampu jejaskan peluang City
RODRI (dua dari kanan) menganggap aksi bertemu Arsenal malam ini ibarat perlawanan akhir. – AFP

MANCHESTER – Pemain te­ngah bertahan Manchester City, Rodri menegaskan kegagalan untuk menewaskan Arsenal di Stadium Etihad malam ini boleh menjejaskan peluang mereka menjuarai kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Selepas pertembungan menentang Arsenal yang dilihat boleh menentukan peluang kedua-dua pasukan dalam saingan EPL, City juga berdepan tugas cukup mencabar kerana akan bermain lapan perlawanan sepanjang bulan depan.

Ia termasuk dua aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan gergasi Sepanyol, Real Madrid dan pertemuan separuh akhir Piala FA menentang ­Chelsea.



Sehubungan itu, Rodri, 27, berharap kemenangan ke atas Arsenal akan memberikan mereka motivasi tambahan dalam misi mempertahankan kejuaraan EPL tersebut buat kali keempat berturut-turut selepas memenanginya pada edisi 2020/21, 2021/22 dan 2022/23.

“Saya tidak mengatakan ia akan menjadi penentu (gelaran EPL), tetapi perlawanan ini amat penting buat kedua-dua pasukan. Ia akan meningkatkan keyakinan dan kekuatan mental kami jika berjaya menewaskan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Ji Nafikan Tuduhan Kononnya Najib Tidak Berada Dalam Penjara




“Kami anggap semua perlawanan sehingga hujung musim nanti termasuk Arsenal adalah aksi final.Dan Kami masih bersaing dalam semua kejohanan, tetapi anggaplah tersingkir jika kami tewas.

“Kami perlu mengutip antara 90 hingga 100 mata untuk memenangi liga. Sebab itu kami perlu menang setiap perlawanan bermula menentang Arsenal sebagai pendahulu liga,” kata Rodri.

Sebagai rekod, Rodri masih belum merasai kekalahan daripada 62 perlawanan dalam semua kejohanan setiap kali beraksi de­ngan kali terakhir tewas ketika mewakili Sepanyol menentang Scotland pada 28 Mac tahun lalu. – AGENSI

Kekalahan mampu jejaskan peluang City

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Khairy tidak berani gelar Kluster Mahkamah PN “Biawak Hidup”




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading