Lemas ketika menjala ikan



LARUT: Seorang lelaki lemas ketika menjala ikan bersama keluarganya di sungai di Batu 20, Batu Kurau di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.10 tengah hari.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau bergegas ke lokasi untuk operasi mencari mangsa dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PDPA) dari BBP Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, katanya, mangsa Mohd Kamaruddin Chek May, 49, ditemukan lemas oleh orang awam pada 3.08 petang.



“Jarak mangsa ditemukan sekitar lima meter dari lokasi dilaporkan hilang,” katanya, hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 4.20 petang.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker