Taqiyuddin, Sazzlan sumbang emas ketujuh

Hanoi: Kontinjen negara meraih emas ketujuh hari ini apabila gandingan pesilat lelaki negara, Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga berjaya muncul juara dalam acara akhir ganda lelaki pencak silat sebentar tadi.

Taqiyuddin dan Sazzlan tidak berdepan masalah untuk mengetepikan pesilat Singapura, Muhammad Hazim Mohammad Zaque dan Muhammad Haziq Mohammad Zaque.

Taqiyuddin dan Sazzlan berjaya memberi persembahan mantap untuk menarik perhatian juri di Pusat Sukan Bac Tu Liem selepas berjaya mengumpul mata kemenangan 9.950 mata.



Lawan mereka yang juga pasangan adik-beradik Hazim dan Haziq pula hanya mengumpul 9.905 mata, manakala gangsa pula diraih wakil Thailand dan Vietnam yang tumpas di separuh akhir semalam.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading