Abang polis pujuk wanita murung

SHAH ALAM: Anggota polis mengambil masa 15 minit untuk memujuk seorang wanita yang bersendirian di bumbung sebuah kompleks belah belah dekat sini, petang semalam.

Kejadian itu disedari orang awam sekitar jam 2.15 petang yang terkejut melihat wanita itu bersendirian di tebing atas bumbung bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata susulan laporan yang diterima, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

“Wanita 21 tahun itu dapat dipujuk dan dibawa ke bawah sejam kemudian. Semakan mendapati mangsa bekerja sebagai pembantu butik pakaian,” katanya dalam kenyataan.

Siasatan awal mendapati wanita itu mengalami masalah kemurungan dan mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sejak tahun 2020.

Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) dan mangsa dibawa ke HTAR untuk rawatan selanjutnya.

BHOnline

Leave a Reply