Annuar Musa sokong Zahid TPM

Buat 'U-Turn' tanpa beri isyarat

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Annuar Musa sokong Zahid TPM

 



Akhirnya Tan Sri Annuar Musa terpaksa mengakui kedudukan Zahid Hamidi selaku Presiden Umno perlu diberikan jawatan sebagai TPM dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu sebelum ini lantang mengkritik Zahid dan mahu beliau berundur dari kerusi nombor 1 Umno menukar nada bila Kerajaan Perpaduan terbentuk.

“Umno tidak harus dipandang enteng atau ‘to be taken for granted’. Umno juga tidak harus diterima separuh separuh. Umpama semangkuk gulai, jangan kuah diambil tapi isi nak dibuang.

“Justeru, pemilihan wakil Umno dalam kerajaan wajar mengikut keutamaan hirarki partinya dan dengan redha kepimpinannya,” – Tan Sri Annuar Musa – 1 Disember 2022 – MalaysiaKini



Annuar mengingatkan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim mengenai peranan Zahid serta kedudukan Zahid selaku Presiden Umno dalam membantu pembentukan kerajaan tidak boleh dipandang ringan.

Annuar Musa sokong Zahid TPM

Bagaimanapun saranan Annuar Musa mendapat sindiran dari seorang penulis politik, Mohd Sayuti Omar. Beliau menulis sindiran tersebut menerusi ciapannya di tweeter.

“kalau awal-awal waras, tak nampak sangat opportunisnya. Bila nasi nak masak baru pegang pinggan. Malulah” – Mohd Sayuti Omar



Pasti ramai tertanya mengapa Annuar Musa berubah nada terhadap Zahid selepas lantang menyalahkan strategi Zahid pada PRU15 yang menyaksikan BN hanya memperolehi 30 kerusi sahaja.

Para penyokong Annuar Musa pula sudah pasti terbungkam dengan kenyataan beliau kerana tiada ‘amaran awal’ dikeluarkan Annuar untuk membuat ‘pusingan U’ dalam menyatakan sokongan kepada Zahid Hamidi.

Annuar Musa sokong Zahid TPM

Tidak menolak kenyataan beliau adalah strategi baru untuk mengalih perhatian akan minat Annuar Musa bertanding dalam pemilihan Umno akan datang.



Siapa tahu untung sabut berbanding untung batu?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading