KTM mahu jadikan Binder juara dunia

Oleh – Syeikh Baran


KTM mahu jadikan Binder juara dunia
BINDER diramal mampu memberikan tentangan hebat untuk merebut kejuaraan dunia MotoGP bersama KTM musim ini. – AFP

Pasukan KTM yakin mereka memiliki pakej terbaik buat barisan pelumbanya untuk berjuang menjadi pencabar gelaran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Pelumba Afrika Selatan, Brad Binder terbukti sebagai penunggang terbaik selain daripada pa­sukan Ducati juga dijangka menjadi calon kuat untuk me­rebut gelaran dunia pada 2024.



Walaupun Ducati memiliki pakej terbaik dalam grid musim ini, tetapi KTM percaya mereka mampu mencabar gelaran tersebut memandangkan pasukannya dikatakan memiliki jentera yang begitu kompetitif.

Ia terbukti sewaktu sesi ­ujian rasmi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini yang mana KTM mula menunjukkan potensi mereka bersama Binder selepas memimpin jenama dari Austria tersebut sepanjang tiga hari di Malaysia.

“Terdapat banyak perkara yang kami perlu pelajari. Kami perlu membina infrastruktur dan ia bermula dengan sebuah bengkel baharu. Kami cuba mencari jalan pintas untuk membina jentera terbaik, tetapi memerlukan masa dan pengalaman.

“Kami mempunyai jurutera yang hebat di KTM dan saya rasa kami juga memiliki pakej lengkap. Prestasi barisan pelumba ketika ini juga membuatkan saya sangat gembira.



“Musim lalu kami berada di tempat kedua untuk kategori pengeluar, tetapi impian besar kami untuk kejuaraan dunia. Saya rasa kami bersedia untuk melakukannya pada tahun 2024,” kata Pengarah Sukan Permotoran KTM, Pit Beirer.

Selain Binder, KTM juga diperkuatkan dengan barisan pelumba berpotensi besar se­perti Jack Miller, Pedro Acosta dan Augusto Fernandez musim ini. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading