Vinicius tekad tambah gelaran

PARIS, FRANCE – MAY 28: Winning goalscorer Vinicius Junior of Real Madrid celebrates with the UEFA Champions League trophy following his team’s victory in the UEFA Champions League final match between Liverpool FC and Real Madrid at Stade de France on May 28, 2022 in Paris, France. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

PARIS: Vinicius Junior berharap dapat terus memenangi gelaran Liga Juara-Juara Eropah selepas membantu Real Madrid muncul juara buat kali ke-14, menewaskan Liverpool 1-0.

Vinicius meledak gol tunggal permainan pada aksi final di Stade de France, Paris untuk gelaran sulung dirinya dalam saingan tertinggi Eropah itu.

“Sukar untuk dijelaskan. Saya tidak tahu apa yang sudah saya lakukan hari ini. Sekarang masa untuk meraikannya dan bergembira.

“Kami menikmati apa yang kami lakukan, sampai ke sini dan menang… tidak ada apa yang lebih baik daripada menang dengan jersi ini.



“Ia adalah impian saya. Menjaringkan gol pada final adalah perkara terbaik untuk seorang pemain. Ia adalah yang pertama. Saya mahu terus memenanginya dan melakar sejarah di sini untuk tempoh yang panjang,” kata Vinicius.

Berbeza dengan Vinicius yang masih baru di pentas Eropah itu, Modric, 36, cukup faham apa yang diperlukan untuk bergelar juara benua itu.

Seperti final 2018 menentang pasukan sama di Kyiv, Modric sekali lagi menunjukkan kematangannya dengan menyerap asakan The Reds dan mengimbangi tekanan mereka.

Modric antara tonggak utama Real dalam laluan ke final dan dengan kontraknya di Bernabeu semakin menemui penghujung, dia berharap dapat kekal dan terus menang bersama gergasi Sepanyol itu.



“Ini adalah kelab dengan sejarah paling hebat dalam bola sepak. Kami sentiasa katakannya dan kami akan mengulanginya – tiada apa seperti Real Madrid.

“Karakter, tidak pernah berputus asa, percaya hingga ke akhirnya. Lima Liga Juara-Juara mustahil untuk dibayangkan. Tetapi kini saya ada lima, dan berharap akan ada lagi,” kata Modric.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button