Penumpang Naik Angin Dengar Wanita Marah Anak Tanpa Henti

Seorang gadis menerusi perkongsian video di Tiktok berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila penumpang bas yang dinaikinya berterusan memarahi anak menggunakan kata-kata kesat.

Wanita pukul & maki anak

Menerusi video yang dimuat naik oleh gadis dikenali sebagai Qissy, dia berkongsi pengalamannya ketika berada di dalam bas di mana dia terdengar seorang ibu memarahi anaknya kerana terbuang air besar ketika dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan.

Dah suruh berak kat sana kenapa tak berak. Kau dah menyusahkan aku.



Gadis ini meluahkan rasa sedih apabila mendengar segala perbualan antara wanita itu dengan anaknya. Malah, suara kasar wanita terbabit turut didengari oleh kesemua penumpang di dalam bas terbabit sehingga menimbulkan rasa kurang senang dan simpati.

Anak dia semua kecil-kecil lagi, dia siap cakap ‘kalau aku tumbuk muka kau berdarah nanti.’

‘Kau tu anak haram.’

Walau bagaimanapun, salah seorang daripada penumpang di dalam bas itu bertindak menegur wanita berkenaan kerana ‘geram’ selama hampir lapan jam dia memarahi serta memukul anaknya yang sedang menangis. Selepas ditegur, wanita terbabit berjanji tidak akan melakukannya lagi.



Lepas pakcik polis ni tegur, makcik tu terus cakap baik-baik dengan anak dia ye siap guna ‘sayang’. Ni kalau dekat rumah saya rasa dia pukul anak dia teruk lagi ya Allah.

Video kejadian

 

 

@amethystnb_to all marriage couple out there, jangan buat anak if tak ready mental & physical ya. sedih dengar 🥲 anak anak tk berdosa ya♬ Happier Than Ever – Billie Eilish



 

 

 

@amethystnb_seriau ye 8 jama tak aman. we got 2 hours more to sampai temerloh 🥲♬ original sound – Qissy



 

 

 

@amethystnb_seram ye 🥲🙏🏻 i doakan anak dia tak trauma and membesar dengan baik.



♬ original sound – Qissy

 

amethystnb_



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button