Serbu rumah jadi stor simpan minyak masak

TAWAU: Taktik seorang lelaki menjadikan bilik rumahnya di Kampung Batu 4, Jalan Apas, dekat sini, sebagai stor menyimpan barang kawalan untuk diseludup mengundang padah apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM), semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi (PPM) Wilayah 4 Tawau, Deputi Superintendan Ridzauddin Selamat, berkata bertindak atas maklumat dan intipan oleh Unit Risik Marin (URM) pihaknya menyerbu rumah atas air berkenaan pada jam 4.40 petang.

Beliau berkata, menerusi serbuan Ops Gelora Khas / Ops Kontraban itu membawa kepada penemuan 101 kotak mengandungi minyak masak paket pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM6,060.00.



“Pemeriksaan lanjut mendapati setiap kotak terbabit masing-masing mengandungi 17 paket minyak masak disyaki untuk diseludup keluar ke negara jiran.

“Hasil siasatan juga, kita percaya rumah terbabit dijadikan stor untuk mengumpul dan penyimpanan barang kawalan berjadual sebelum diseludup keluar untuk pasaran luar,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Ridzauddin berkata, tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut.

“Suspek berusia 25 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading